Isnin, 25 Januari 2010

RAHSIA SURAH YASIN AYAT 58


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku2)

YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang solehdan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baikdan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang akudapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiqdan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yangberiman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, danredhaikanlah aku.....


AMIN.

APA...bacalah


Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"Murid 1 : "Negeri Cina"Murid 2 : "Bulan"Murid 3 : "Matahari"Murid 4 : "Bintang-bintang"Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"Murid 1 : "Gunung"Murid 2 : "Matahari"Murid 3 : "Bumi"Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita


IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat di dunia?"Murid 1 : "Baja"Murid 2 : "Besi"Murid 3 : "Gajah"Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"Murid 1 : "Kapas"Murid 2 : "Angin"Murid 3 : "Debu"Murid 4 : "Daun-daun"Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

pedoman hidup


Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?Murid 1 : "Orang tua"Murid 2 : "Guru"Murid 3 : "Teman"Murid 4 : "Kaum kerabat"Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Ahad, 24 Januari 2010

kanak-kanak luka tidak perlu risau


KANAK-KAKAK lasak sering terdedah dengan pelbagai kemalangan seperti terseliuh dan terjatuh yang menyebabkan luka.Pendarahan sama ada disebabkan oleh luka atau kulit tergaris, atau yang berlaku di bawah lapisan kulit disebabkan luka, jelas menunjukkan bahawa anak anda cedera.Darah yang mengalir di seluruh tubuh membawa bersamanya oksigen dan khasiat dari jantung melalui arteri kepada tisu dalam tubuh. Kemudian ia mengalir melalui saluran darah dan bahan buangan seperti karbon dioksida.Aliran ini perlu berterusan dan sekiranya sebahagian tubuh tidak mendapat bekalan darah, ia boleh mengalami kerosakan selama-lamanya. Luka hanya menjejaskan sebahagian bekalan darah ke permukaan tubuh. Walaupun sedikit darah yang keluar, ia kelihatan banyak.Seorang kanak-kanak yang mempunyai 1.6 liter darah dalam tubuhnya boleh kehilangan sehingga setengah cawan darah tanpa membahayakan nyawanya.

TIP AWET MUDA

Tips Agar Selalu Nampak Awet Muda...Siri (5)Banyak cara yang dapat membuat kulit anda tampak lebih muda. Faktor genetik tentu sahaja sangat berpengaruh. Namun sebenarnya ada sejumlah faktor yang biasa membantu orang menjadi awet muda.1) Jauhkan Kebiasaan Buruk Anda- Jangan merokok atau berhentilah merokok kerana merokok hanya membuat kulit anda menjadi tidak segar selain memancing sakit jantung dan paru-paru. - Hindari alkohol kerana jumlah yang berlebihan akan merosakkan sel-sel, gen dan mendorong terjadinnya radang hati serta mencepatkan kerapuhan tulang. - Pastikan juga anda mendapat tidur yang cukup sebab pada ketika tidur itulah tubuh akan berkerja memperbaiki sel-sel selain merehatkan jantung. Dengan tidur yang cukup, anda akan dapat hidup lebih cergas sepanjang hari. Jika anda mengalami kesulitan tidur malam, apakata cuba minum segelas susu terlebih dahulu sebelum masuk tidur. - Hindarkan makan terlalu banyak sebelum tidur jika anda ingin mudah terlelap hingga pagi hari. - Hindari minuman ringan secara berlebihan- Banyakkan minum air putih minimum 8 gelas sehari- Bersenam. Jika terlalu sibuk memadailah dengan melakukan senaman jalan kaki setengah jam sebelum mandi setiap pagi2) Jangan Lupa Perawatan Luar- Jangan lupa gunakan sun block setiap hari. Tunggu setengah jam sebelum keluar untuk sun block menyerap kedalam kulit. Sinar matahari paling kuat menyenagt pada pukul 1 tengahari- Melakukan olahraga secara teratur boleh mengawal kadar garam dalam makanan kita, tidak dilupakan ramuan jamu tertentu yg diyakini dapat menjadikan seseorang selalu nampak muda dan segar.3) Amalkan Pengambilan Makanan Yang Mempunyai Magnesium Pengambilan ikan secara teratur diyakini dapat menurunkan tekanan darah dan akan menjadikan jantung lebih stabil. Zat magnesium mudah didapati dalam ikan tuna, madu, kacang-kacangngan, bujian-bijian, sayur-sayuran hijau, serta ikan pada umumnya.Selain itu, anda disarankan untuk minum anggur merah atau jus anggur secara teratur untuk membantu menurunkan kadar kolesterol tubuh. Banyakkan makanan yang mengandungi vitamin C, E dan D.Ambillah bawang putih, biji-bijian serta berbagai jenis makanan yang berasal dari laut, ternyata kaya dengan selenium. Selenium merupakan salah satu faktor yang dapat menurunkan kemungkinan kita diserang penyakit jantung, disamping penyakit lainnya.

Khamis, 21 Januari 2010

baru nak berumahtangga


BARU KAHWIN...
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa
kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa
kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk aku saja
bila anak dual ain pulak cerita,
kau suka aku tak suka, aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja
kau suka aku tak suka,aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

cinta yang indah



MASA BERCINTA

engkau suka aku pun suka

ke mana pergi pun tak apayang penting jalan berdua

naik bas, basikal pun takpa jalan tengah panas pun takpa

sampai melecet ketiak jadinya

semua suka tiada duka
masa engkau suka aku pun suka

durian yg engkau suka aku pun suka

walaupun sebenarnya tak berapa suka

petai yg engkau suka,aku pun telan juga

walaupun nak terjegil biji mata

kita sama-sama ketawa
masa engkau suka aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga

walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka aku pun suka

pakai apa pun tak pe baju merah tudung biru pun tak ape

tudung kau senget aku kata takpe.

gigi kena lipstik aku tak kisah juga

engkau tetap cantik jelita masa engkau suka aku pun suka

aku pakai apapun tak ape,lupa pakai tali pinggang pun tak ape,

T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,

Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

Rabu, 20 Januari 2010

alahai


cantik pemandangan ini...
sejuk mata memandang...
tapi jauh sangat ...

tahukah anda...

Beg plastik, pembunuh senyap
Tidak banyak yang diketahui kenapa bahan ringan, tidak mudah pecah, dan murah ini menjadi ancaman kepada alam sekitar jika pembaca tidak meneliti jurnal dan makalah saintifik.
Yang nyata, beg plastik mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai sebatian organik Bis(2-ethylhexyl)phthalate atau lebih dikenali sebagai DEHP atau phthalates (disebut THA-lates), satu bahan yang akan membuatkan bahan plastik menjadi lembut dan mudah dilentur. Oleh itu kita berwaspadalah..