Khamis, 21 Januari 2010

cinta yang indah



MASA BERCINTA

engkau suka aku pun suka

ke mana pergi pun tak apayang penting jalan berdua

naik bas, basikal pun takpa jalan tengah panas pun takpa

sampai melecet ketiak jadinya

semua suka tiada duka
masa engkau suka aku pun suka

durian yg engkau suka aku pun suka

walaupun sebenarnya tak berapa suka

petai yg engkau suka,aku pun telan juga

walaupun nak terjegil biji mata

kita sama-sama ketawa
masa engkau suka aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga

walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka aku pun suka

pakai apa pun tak pe baju merah tudung biru pun tak ape

tudung kau senget aku kata takpe.

gigi kena lipstik aku tak kisah juga

engkau tetap cantik jelita masa engkau suka aku pun suka

aku pakai apapun tak ape,lupa pakai tali pinggang pun tak ape,

T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,

Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan