Ahad, 24 Januari 2010

kanak-kanak luka tidak perlu risau


KANAK-KAKAK lasak sering terdedah dengan pelbagai kemalangan seperti terseliuh dan terjatuh yang menyebabkan luka.Pendarahan sama ada disebabkan oleh luka atau kulit tergaris, atau yang berlaku di bawah lapisan kulit disebabkan luka, jelas menunjukkan bahawa anak anda cedera.Darah yang mengalir di seluruh tubuh membawa bersamanya oksigen dan khasiat dari jantung melalui arteri kepada tisu dalam tubuh. Kemudian ia mengalir melalui saluran darah dan bahan buangan seperti karbon dioksida.Aliran ini perlu berterusan dan sekiranya sebahagian tubuh tidak mendapat bekalan darah, ia boleh mengalami kerosakan selama-lamanya. Luka hanya menjejaskan sebahagian bekalan darah ke permukaan tubuh. Walaupun sedikit darah yang keluar, ia kelihatan banyak.Seorang kanak-kanak yang mempunyai 1.6 liter darah dalam tubuhnya boleh kehilangan sehingga setengah cawan darah tanpa membahayakan nyawanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan